apakah itu "pendidikan" bagi anda?
pacuan pendidikan, wacana kepimpinan
Pendidikan merupakan asas kepada kehidupan untuk melahirkan insan yang lebih baik untuk masa akan datang. Tanpa ilmu dan pengetahuan, seseorang itu pasti tidak mampu mencipta idea kreatif dan padangan yang lebih jauh, lantas tidak boleh menjana sesebuah kepimpinan. Kerana itu, moto ini dipilih dengan harapan bahawa bakal-bakal pemimpin bukan sahaja mempunyai karisma mahupun personaliti sebagai seorang pemimpin tetapi punya ILMU untuk diceritakan dan dibanggakan oleh rakyat jelata...